LANDSKAP PERSEKITARAN JAMBATAN KERETA API GUILLEMARD HAMPIR SEPARUH SIAP

 

TANAH MERAH – Kemajuan kerja fizikal terkini projek pembangunan Landskap Persekitaran Jambatan Guillemard Kampung Kusial Baru sehingga 2 Oktober ialah 47 peratus siap.
Projek yang membabitkan kos RM500 ribu daripada Jabatan Landskap Negara (JLN) dengan kerjasama Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) tersebut bakal mengetengahkan Jambatan Kereta Api Guillemard sebagai ikonik bersejarah kepada pengunjung.
Menurut sumber, di tapak kini kontraktor sedang giat melaksanakan kerja-kerja pembinaan pelantar tinjau, laluan pejalan kaki, wakaf dan bangku taman untuk digunakan kepada orang ramai yang akan hadir menikmati panorama di situ nanti.
Sebagai rekod, jambatan tersebut menjadi monumen bersejarah kerana usianya yang akan mencecah 100 tahun pada tahun 2025 dan menjadi jambatan kereta api terpanjang dan kedua tertua di Malaysia.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …