KUNJUNGAN HORMAT KEPADA PPD BALING

Ketua Penolong Pengarah MKN Kedah, Encik Bakhtiar Effendy Khalid berkesempatan mengadakan kunjung hormat kepada Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Baling, Encik Abdul Rashid Abdul Rahman selepas selesai menyampaikan taklimat berkenaan Dasar Keselamatan Negara 2021-2025 kepada Pengetua dan Guru Besar sekolah di daerah Baling.

Beliau turut menjelaskan mengenai peranan dan tanggungjawab MKN dalam memastikan kedaulatan dan keselamatan negara sentiasa dilindungi dan terus terpelihara.

Antara perkara lain yang turut dibincangkan adalah mengenai laporan media berkaitan isu keciciran pendidikan dalam kalangan murid dan juga kekurangan minat pelajar untuk menyambungkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Dasar Keselamatan Negara (DKN) 2021-2025 melalui teras keenam, Keadilan Sosial melihat isu pendidikan sebagai salah satu cabaran dalam memastikan pendidikan dapat di akses kepada semua lapisan masyarakat.

MKN Kedah berharap agar kerjasama ini dapat diperkukuh dan pelaksanaan program berimpak tinggi di antara agensi ini dapat dilaksanakan.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …