LATIH AMAL PASTIKAN KESIAPSIAGAAN BENCANA BANJIR DI TAHAP OPTIMUM: NADMA


KUALA TERENGGANU, 5 OKTOBER 2022


 

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam satu kenyataan memaklumkan, latih amal yang dilaksanakan berkaitan Empangan Kenyir atau bencana banjir merupakan program yang melibatkan agensi-agensi kerajaan bersama anggota komuniti bagi memastikan kesiapsiagaan menghadapi bencana berada pada tahap optimum.

Sebelum ini, tular dalam media sosial bahawa penduduk Terengganu berisiko diancam banjir besar akibat kemungkinan pecahnya Empangan Kenyir di Hulu Terengganu. Orang ramai dinasihatkan supaya tidak panik dan terpengaruh dengan khabar angin disebarkan melalui media sosial berkaitan Latih Amal Pelan Tindakan Kecemasan Empangan Kenyir yang diadakan baru-baru ini.

Menurut kenyataan itu, semua agensi termasuk anggota komuniti perlu peka terhadap semua risiko bencana bagi memastikan tahap kesiapsiagaan berada pada tahap tertinggi, masyarakat perlu peka dan mengetahui pelan tindakan komuniti jika berlakunya bencana.

NADMA selaku agensi peneraju dalam pengurusan bencana negara sentiasa bekerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan dalam menganjurkan pelbagai program latih amal bagi meningkatkan keupayaan semua pihak supaya sentiasa bersedia untuk melaksanakan operasi berkaitan bencana dengan berkesan di samping berdaya tahan (resilient) terhadap bencana.

NADMA memaklumkan latih amal turut diadakan untuk memperkasa koordinasi pelbagai agensi dalam menghadapi bencana selain meningkatkan kefahaman dan keupayaan setiap agensi kerajaan yang berkaitan terhadap kaedah serta strategi pengendalian bencana.

sumber : Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …