MARITIM MALAYSIA BERI BANTUAN TERHADAP BAYI PEREMPUAN ALAMI SAWAN

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kedah dan Perlis telah melaksanakan ‘Medical Evacuation’ (MEDEVAC) ke atas seorang bayi perempuan yang mengalami sawan tarik dan dipindahkan dari Langkawi Feri RoRo pada sekitar jam 4.30 petang semalam.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksmana Pertama Maritim Romli bin Mustafa berkata, Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Langkawi menerima panggilan telefon dari nakhoda feri tersebut pada jam lebih kurang 4 petang meminta bantuan bagi membawa bayi perempuan itu ke Hospital terdekat.

Bayi berusia 10 bulan itu dibawa keluar bersama ahli keluarganya menaiki bot ronda Maritim Malaysia yang sedang melakukan operasi di perairan Langkawi.

Bayi dan ahli keluarganya kemudiannya dibawa ke Jeti Maritim Negeri Kedah dan Perlis di Bukit Malut sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Maliha untuk tindakan lanjut.

Maritim Malaysia sentiasa komited dalam menyalurkan bantuan kepada komuniti maritim setempat serta mengalu-alukan untuk melaporkan sebarang kecemasan di laut secara terus ke talian Pusat Operasi Maritim Negeri Kedah dan Perlis 04-9662750 atau MERS 999.

LAKSAMANA PERTAMA MARITIM ROMLI BIN MUSTAFA
PENGARAH MARITIM NEGERI KEDAH DAN PERLIS
AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …