PROGRAM JATIDIRI PELAJAR PRA-UNIVERSITI

———————————————————————————————————————————————————————
MARANG, 5 OKTOBER 2022
——————————————————————————————————————————————————————–
??????? ??????? ???? ???? ??? ?????????? ????????? ?????? ?????? ????? ???????? ???? ?? ??????? ???? ???? ????????? ?? ???? ?????? ??????. ( SMKA Durian Guling )
Program ini adalah program kolaborasi antara PEWARIS Terengganu, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan MKN Negeri Terengganu. Sebanyak 3 buah sekolah yang terlibat yang terdiri daripada pelajar tingkatan 6 Semester 1 dan 3. Secara keseluruhannya, terdapat 6 siri jelajah yang akan dilaksanakan di seluruh daerah Negeri Terengganu dan sesi kali ini merupakan siri yang kedua.
Objektif program adalah bagi memberikan kefahaman kepada generasi pewaris (pelajar tingkatan enam) mengenai keselamatan dalam negara dan cabaran semasa. Selain itu, program ini juga bertujuan menyuntik semangat untuk melakukan lonjakan paradigma ke arah mempertingkatkan keyakinan diri pelajar yang juga bakal pemimpin negara di masa hadapan.
Pengisian utama program adalah memfokuskan kepada tiga teras utama iaitu keselamatan negara yang disampaiakan oleh pegawai MKN Terengganu, pemahaman sistem demokrasi berparlimen dan Raja Berpelembagaan oleh pegawai Jab. Penerangan Terengganu serta keperluan pemugaran jati diri sebagai teras kecemerlangan sesebuah tamadun oleh penceramah dari PEWARIS.
Semoga dengan perlaksanaan jelajan jatidiri ini dapat memberikan pemahaman, kesedaran dan menaikkan semangat para pelajar untuk terus sukses dan bersama-sama menjaga keselamatan negara.

Artikel/Berita Terkini

TEMBIKAI BOCI TANPA BIJI SEMAKIN POPULAR

KUANTAN: FAMA Pahang membantu memasarkan lebih 200 tan tembikai jenis boci tanpa biji dan tembikai kuning hasil keluaran tujuh pekebun …
Maklumat Lanjut

LETUSAN GUNUNG RUANG: MAS KEMBALI BATALKAN PENERBANGAN ANTARA KL-SABAH

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) hari ini membatalkan semula beberapa penerbangan antara Kuala Lumpur dengan Sabah susulan letusan gunung berapi …
Maklumat Lanjut

KES DEMAM DENGGI MENURUN PADA ME15, SATU KEMATIAN DILAPORKAN

KUALA LUMPUR: Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,698 kes pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu dari 7 April hingga …
Maklumat Lanjut