KUNJUNGAN HORMAT PKN MELAKA KE ATAS YB SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI MELAKA

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN 2021-2025)
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

5 Oktober – YB Datuk Wira Zaidi bin Johari, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka telah menerima kunjungan Pengarah Keselamatan Negeri, MKN Negeri Melaka, Yang Berusaha Encik Mohd Shaiful Hizam bin Johan,  di pejabat beliau. Kunjungan hormat ini bertujuan bagi menerangkan mengenai peranan dan tanggungjawab MKN dalam memastikan kedaulatan dan keselamatan negara sentiasa dilindungi dan terus terpelihara.

Antara perkara lain yang turut dibincangkan adalah berkaitan Dasar Keselamatan Negara (DKN) 2021-2025, pelaksanaan konsep keselamatan menyeluruh yg melibatkan program CBSM (Community Based Security Management) dan fokus mengenai pelaksanaan program berimpak tinggi kerjasama antara agensi dan kerajaan negeri.

Turut hadir ialah YBhg. Datuk Maslina Baki, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan).

#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama

#DKNMy #MKNMelaka

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …