KERJA PEMBAIKAN SIAP! JALAN BENTONG – GUA MUSANG DIBUKA RABU INI

 

Jalan Bentong-Gua Musang berhampiran Kilang Lee Rubber di Bentong yang runtuh tahun lepas, dijadual dibuka pada Rabu (5 Okt) selepas kerja pembaikan cerun dan jalan siap dilakukan.
Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof menerusi kenyataan di sini hari ini, berkata setakat kini hanya tinggal kerja membuat garisan jalan dan kerja pembersihan tapak di laluan berkenaan.
“Kerja pembaikan cerun dan jalan itu telah dimulakan pada 20 Jan lepas selepas berlaku runtuhan pada November 2021. Berlaku sedikit kelewatan disebabkan runtuhan tanah akibat hujan lebat semasa kerja pembaikan berjalan iaitu pada 18 Mac 2022,” katanya.
Sehubungan itu, Fadillah menyifatkan perkongsian Ahli Parlimen Bentong Wong Tack di akaun Facebooknya yang menggambarkan diri sebagai ‘hero’ yang berulang kali mengetengahkan isu jalan tersebut untuk tindakan pihak berkuasa, adalah bermotifkan politik dan cuba mendapatkan ‘political mileage’ (manfaat politik).
Ini kerana, tindakan membaik pulih cerun dan jalan berkenan telah bermula sejak awal tahun ini, katanya.
Fadillah juga berterima kasih kepada kerajaan Pahang yang memberi sokongan padu dalam memastikan kelancaran projek infra rakyat serta Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri serta daerah yang komited menyiapkan kerja untuk kesejahteraan rakyat. — BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …