PROGRAM TAKLIMAT ISU-ISU SEMASA PERINGKAT ZON TIMUR 2022

—————————————————————————————————————————————-
KUALA NERUS, 5 OKTOBER 2022
—————————————————————————————————————————————-
Jabatan Penerangan (JaPen) Negeri Terengganu menganjurkan Program Taklimat Isu Isu Semasa Zon Timur 2022 di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Gong Badak, Kuala Nerus pada 4 Oktober 2022.
Program yang dihadiri wakil jabatan dan agensi kerajaan serta pemimpin masyarakat setempat bertujuan memberi maklumat tepat mengenai isu isu semasa yang hangat diperkatakan terutama dalam media sosial.
Dua penceramah turut diundang untuk menyampaikan ceramah iaitu Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri, YBhg Datuk Dr. Zunika Mohamed dan Penolong Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN)( Negeri Terengganu, Puan Seri Edayu Huzaizie Hussin.
YBhg Datuk Dr. Zunika menyampaikan ceramah bertajuk `Inflasi dan Cabaran Cabaran Bagi Malaysia’ manakala Puan Seri Edayu menyampaikan ceramah bertajuk `Dasar Keselamatan Negara 2021-2025: Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama’.
Pengarah JaPen Negeri Terengganu, Encik Sait Yaman mewakili Ketua Pengarah JaPen Malaysia merasmikan program itu dan turut hadir ialah Pengarah JaPen Negeri Kelantan, Encik Mohd Nur Aswadi Md Nor dan Penolong Pengarah JaPen Negeri Pahang, Encik Mazli Hamdan.
*sumber dari JaPen Terengganu

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …