PEMBENTUKAN MINDA KESELAMATAN PERLU DITERAP DI PERINGKAT AWAL

Rentetan daripada taklimat Literasi Dasar Keselamatan Negara (DKN) 2021-2025: Pembentukan Minda Keselamatan yang disampaikan oleh YBhg. Datuk Haji Rodzi Md Saad, Ketua Pengarah Keselamatan Negara pada bulan Ogos yang lalu, Pejabat Pendidikan Daerah Baling telah mengundang MKN Kedah bagi menyampaikan perkongsian mengenai DKN 2021-2025 kepada Pengetua dan Guru Besar sekolah di daerah Baling.

Taklimat Pembentukan Minda Keselamatan yang disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah MKN Kedah, Encik Bakhtiar Effendy Khalid menyentuh mengenai peranan warga pendidik dalam menerapkan minda keselamatan kepada pelajar di peringkat yang lebih awal. Dalam program tersebut, beliau turut berkongsi bagaimana ancaman non-tradisional seperti bencana alam harus diberi perhatian dan sejauhmana kesiapsiagaan komuniti di Baling menghadapi perkara tersebut. Ini ditambah dengan beberapa kejadian bencana yang melanda daerah tersebut tahun ini.

Antara perkara lain yang dikongsikan oleh beliau adalah mengenai isu keciciran pendidikan dan kekurangan minat para pelajar lepasan SPM untuk menyambung pelajaran ke menara gading. Hal ini selaras dengan teras yang digariskan dalam DKN 2021-2025, teras keempat: Tadbir Urus Yang Baik dan teras keenam: Keadilan Sosial.

Hadir sama dalam program tersebut adalah Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (Perancangan), Tuan Haji Mohamad Khairul Adilah Haji Ahmad.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …