PROGRAM BICARA PENGGUNA BERSAMA KOMUNITI WARGA EMAS JAJAHAN TANAH MERAH, KELANTAN

 

TANAH MERAH 4 Okt : Pejabat KPDNHEP Negeri Kelantan dengan kerjasama Cawangan Tanah Merah dan Gerakan Pengguna Daerah telah menganjurkan Program Bicara Pengguna Bersama Komuniti Warga Emas bagi Jajahan Tanah Merah, Kelantan.
Program ini turut disertai oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Cawangan Tanah Merah, Kelantan di lokasi Putra Valley, Tanah Merah Kelantan.
Pengisian taklimat kepenggunaan telah disampaikan oleh YBrs. Tuan Ahmad Azizi bin Abdul Kadir, Ketua Cawangan KPDNHEP Tanah Merah.
Disamping itu disampaikan peranan pengguna memupuk orang ramai mengenai hak-hak sebagai seorang pengguna yang bijak.
Para peserta program terdiri daripada pesara kerajaan turut didedahkan dengan bentuk penipuan transaksi secara atas talian dan tips atau cara untuk mengelakkan daripada ianya berlaku.
YBrs. Puan Dayang Saniah binti Awang Hamid, Penyelaras Kepenggunaan Parlimen Tanah Merah telah sempurna merasmikan program ini.
Turut hadir, YBhg. Tuan Haji Mohammad Rudin bin Mohamed selaku Pengerusi Persatuan Warga Emas (PAWE), YBhg. Puan Nor Salina binti Mat Zali, Pegawai Kesihatan Klinik Kesihatan Tanah Merah, dan YBhg. Cik Nornazatul Fasihah binti Nasruddin, Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat, Jabatan Kebajikan Masyarakat Tanah Merah.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …