KERAJAAN NEGERI HARGAI JASA TENTERA

 

KOTA BHARU – Nikmat keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan yang dikecapi hari ini adalah berkat jasa, bakti dan pengorbanan para anggota tentera. Oleh hal demikian, kerajaan sentiasa memastikan kebajikan para anggota tentera terus diberi keutamaan agar segala jasa dan peranan anggota tentera dijaga untuk berkhidmat kepada negara.
Menurut Menteri Besar Dato’ Bentara Kanan Ustaz Ahmad Yakob, beliau cukup berbangga dengan peranan dan komitmen yang diambil oleh anggota tentera yang sentiasa bersiap siaga untuk berkhidmat kepada rakyat terutamanya pada musim penularan wabak COVID-19 dan musibah banjir yang berlaku baru-baru ini.
Katanya, selain memastikan OPS Benteng berjaya dilaksanakan di sempadan, pada saat banjir juga anggota tentera membantu melalui OPS Murni yang mana Kerajaan Negeri sangat bergantung kepada aset, logistik dan kepakaran tentera terutamanya bagi urusan pemindahan mangsa banjir.
Dalam majlis yang sama, Kerajaan Negeri turut menyumbangkan RM35,000 kepada Masjid Jamek An Nur, Kem Desa Pahlawan bagi kegunaan masjid termasuk mengadakan program atau aktiviti kerohanian.

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 90 PERATUS MYKIOSK DI NEGERI SEMBILAN SUDAH DIISI

Lebih 90 peratus kios MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Negeri Sembilan telah diisi dengan peniaga …
Maklumat Lanjut

TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025. RASIONAL TEMA Cerminan visi kerajaan …
Maklumat Lanjut

𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗔-𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) JANGAN BERI …
Maklumat Lanjut