AGROBAZAAR RAKYAT – PST BERI MANFAAT KEPADA LEBIH 102,000 PELADANG DI PERAK

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Infrastruktur, Tenaga, dan Air Perak , Datuk Abdul Yunus Jamahri Sumber Foto : Perak Today

IPOH, 21 April 2020 – Pelaksanaan AgroBazaar Rakyat dan Pasar Segar Terkawal (PST) mampu memberi manfaat kepada lebih 102,000 ahli Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Perak.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Infrastruktur, Tenaga, dan Air Perak , Datuk Abdul Yunus Jamahri berkata sebanyak lima AgroBazaar Rakyat telah diwujudkan di seluruh negeri dengan peruntukan sebanyak RM370,206 daripada kerajaan. “Tiga AgroBazaar Rakyat yang dijalankan sepenuhnya oleh PPN ialah di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pengkalan Hulu, PPK Gerik dan PPK Tambun.“Manakala dua lagi iaitu di PPK Padang Rengas dan PPK Senggang Manong diusahakan bersama-sama usahawan peladang di PPK masing-masing,” katanya. Walau bagaimanapun kata beliau, PPK Tambun sedang dalam proses dinaiktaraf.

Selain itu tambahnya, inisiatif penghantaran secara terus ke rumah pelanggan melalui aplikasi Whatsapp sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kini, telah melonjakkan hasil jualan AgroBazaar Rakyat sekitar 40 peratus ke 50 peratus berbanding sebelum PKP.

Katanya lagi bermula Januari sehingga 19 April lalu, jualan AgroBazaar Rakyat di PPK Pengkalan Hulu, PPK Padang Rengas, PPK Senggang Manong dan PPK Gerik telah mencatatkan jumlah keseluruhan RM1.16 juta. Pada masa sama, Abdul Yunus berkata sebanyak empat PST telah diwujudkan di Perak iaitu di PPK Selama, PPK Pengkalan Hulu, PPK Tapah dan PPN Perak. Jelasnya bagi inisiatif ini, PPN Perak berfungsi sebagai penyelaras dan penyediaan perkhidmatan logistik antara PPN dan PST.

Katanya bagi tempoh 3 sehingga 19 April lalu, jumlah jualan keseluruhan di PST ialah sebanyak RM174,054 iaitu bersamaan dengan 23.45 tan metrik. “PST dijangka akan terus dilaksanakan sehingga selepas PKP berakhir dan akan ditambah baik dari semasa ke semasa,” katanya. Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan, dekat sini, hari ini.

Sumber berita : Perak Today

Artikel/Berita Terkini

EMPAT SEKELUARGA DIPINDAHKAN AKIBAT BANJIR

TAWAU (5 Mei): Empat sekeluarga termasuk dua kanak-kanak terpaksa dipindahkan selepas kediaman mereka di Kampung Ranggu dilanda banjir pagi tadi …
Maklumat Lanjut

RESORT ATAS AIR DI SEMPORNA TERBAKAR

SEMPORNA (3 Mei): Resort atas air, The Buwan Dive Resort, Semporna musnah terbakar, tengah hari tadi. Pegawai Pusat Gerakan Operasi …
Maklumat Lanjut

PEMBINAAN RUMAH PPRT UNTUK MANGSA KEBAKARAN KAMPUNG GAS BERMULA TAHUN INI

SANDAKAN (4 Mei): Pembinaan sebanyak 106 buah rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) untuk mangsa kebakaran Kampung Gas dijangka dimulakan …
Maklumat Lanjut