PROGRAM PENJELAJAHAN EKOSISTEM

Program Penjelajahan Ekosistem berlangsung dengan jayanya pada 01 Oktober 2022. Disertai oleh 50 pelajar sekolah di Putrajaya dan kawasan sekitar. Program memfokuskan kepada pencapaian objektif memperkasakan pengetahuan dan amalan generasi muda dalam memelihara dan memulihara alam sekitar.

Majlis Penutup Program Penjelajahan Ekosistem petang tadi telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Tuan Shamsul Bahrin Rahmat, Naib Presiden Jabatan Perancangan Bandar.

Program ini juga adalah sebahagian inisiatif berterusan dalam melaksanakan Dasar Alam Sekitar Negara 2002 yang memberi penekanan kepada strategi hijau. Strategi hijau pertama memfokuskan aspek pendidikan dan kesedaran yang memberi kefahaman tentang konsep kesejahteraan alam sekitar dan pembangunan lestari, selaras dengan cadangan dalam Local Agenda 21.

Tahniah kepada semua peserta! Anda adalah ejen perubahan Pembangunan Lestari. Sehingga kita bertemu lagi di lain program!

 

SUMBER: PERBADANAN PUTRAJAYA

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …