BEST-PLO @ KBS TRAIL RUN | TAMAN CABARAN PUTRAJAYA |

PUTRAJAYA, 2 OKTOBER 2022 – Aktiviti BeST-PLO @ KBS Trail Run merupakan aktiviti plogging (berjalan / berlari)sambil mengutip sampah di kawasan sekitar penganjuran KBS Trail Run sempena Karnival Sukan Air Putrajaya (1-2 Oktober) dan juga Hari Sukan Negara Keluarga Malaysia yang berlangsung sepanjang minggu ini sehingga 9 Oktober 2022 secara serentak di seluruh negara. YBhg. Dato’ TPr. Fadlun bin Mak Ujud, Presiden Perbadanan Putrajaya turut serta bagi memeriahkan aktiviti ini.

Tujuan aktiviti ini adalah memupuk dan meningkatkan kesedaran berkaitan kebersihan persekitaran agar bebas sampah bagi setiap penganjuran acara yang berlangsung di Putrajaya. Di samping itu juga, dapat mewujudkan jalinan kerjasama di antara PBT dan penganjur dengan tanggungjawab meletakkan kebersihan sebagai salah satu elemen penting dalam setiap penganjuran acara.

Aktiviti ini akan melibatkan 280 peserta fun trail run yang telah berdaftar dengan penganjur, agensi-agensi berkaitan dengan Perbadanan Putrajaya, pertubuhan sukarelawan (NGO) dan juga jemputan tertutup PPj.

Jumlah Keseluruhan Kutipan BeST-PLO @ KBS Trail Run, Taman Cabaran 2km

  1. Kotak = 2 unit
  2. Plastik =8 unit
  3. Botol Plastik = 70 unit
  4. Tin Aluminium =9 unit
  5. Tetrapak= 2 unit
  6. Kaca = 1 unit
  7. Straw=70 unit
  8. Kain = 1 unit
  9. Penutup Botol = 8 unit
  10. Kertas = 1 unit

‘Putrajaya…Bersih Setiap Tempat’

‘Love Our Nature For Future.

Take nothing but memories, leave nothing but footprints’.

 

SUMBER: PERBADANAN PUTRAJAYA

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …