JPJ NEGERI PULAU PINANG MENJALANKAN OPS PENGARAH

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-Undang)

Unit Operasi JPJ Negeri Pulau Pinang telah mengadakan Ops Pengarah dengan fokus utama pelbagai kesalahan pada 29 September 2022 di Jalan Baharu Prai. Agensi penguatkuasa yang turut serta dalam Ops Pengarah ini adalah KPDNHEP dan SPRM. Sepanjang Ops Pengarah yang diadakan bermula jam 8.30 malam hingga 12.00 malam, sebanyak 312 notis saman dan teknikal telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dikesan antaranya tiada lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh dan tiada perlindungan lnsuran, kesalahan teknikal seperti tayar haus berlebihan, cermin gelap dan lampu isyarat dan brek tidak berfungsi dan pengubahsuaian motosikal tanpa kebenaran.

Sumber: Facebook JPJ Pulau Pinang

 

Artikel/Berita Terkini

SINDIKET TIPU PELABURAN DI TIKTOK TUMPAS, LAPAN DITAHAN

KUALA LUMPUR, 3 MEI: Sindiket penipuan pelaburan yang aktif melalui aplikasi TikTok bagi menjerat mangsa, tumpas apabila polis menahan lapan …
Maklumat Lanjut

SEMAKMULE KESAN LEBIH 190,000 AKAUN ‘KELDAI’ DIGUNAKAN SCAMMER

KUALA LUMPUR: Sebanyak lebih 1.9 juta carian akaun bank dan nombor telefon digunakan sindiket penipuan direkodkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil …
Maklumat Lanjut

WASPADA PENIPUAN TAWARAN RUMAH SABAH MAJU JAYA, PPRT

SANDAKAN (2 Mei): Penduduk kawasan Batu Sapi dinasihati agar tidak mudah terpedaya dengan penipuan mengenai pembinaan rumah Sabah Maju Jaya (SMJ), …
Maklumat Lanjut