PULAU PINANG SEDIA BEKERJASAMA DENGAN SPRM TANGANI RASUAH

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-Undang)

Kerajaan Negeri Pulau Pinang sedia bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memastikan pegawai yang terlibat dalam sebarang amalan rasuah dikenakan tindakan tegas, kata Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow. Chow berkata kerajaan negeri mengalu-alukan siasatan SPRM terhadap jenayah rasuah yang melibatkan penjawat awam di negeri itu kerana ia selaras dengan prinsip tadbir urus yang baik CAT; yakni kecekapan, akauntabiliti dan ketelusan, yang diamalkan Pulau Pinang sejak 2008. Difahamkan Chow berkata demikian sebagai menjawab kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki semalam yang berkata bahawa kesalahan menerima rasuah, salah guna kuasa dan membuat tuntutan palsu dalam kalangan penjawat awam di Pulau Pinang adalah membimbangkan.

Sumber: Laman Web BERNAMA 

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

DISIPLIN DI JALAN RAYA: KESELAMATAN BERMULA DARIPADA KITA

Patuhi lampu isyarat merupakan salah satu peraturan jalan raya paling asas yang wajib dipatuhi oleh setiap pemandu dan penunggang di …