SEKOLAH HIJAU PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: PEMBANGUNAN MAMPAN (Pemuliharaan Alam Sekitar)

Pertandingan Sekolah Hijau anjuran Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) telah dilaksanakan pada 29 September 2022 dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pulau Pinang telah terlibat sebagai panel penilai.

Penjurian bagi pertandingan ini telah berlangsung bermula pertengahan Julai 2022 sehingga bulan Oktober melibatkan lebih kurang 86 buah sekolah di Pulau Pinang.

Penjurian yang dijalankan secara fizikal ini melibatkan penyertaan dari guru-guru, pelajar dan juga ibubapa. Setiap sekolah yang bertanding perlu membentangkan komponen–komponen hijau yang telah dijalankan termasuklah pencapaian (output) daripada aktiviti hijau yang telah dijalankan, penglibatan aktiviti alam sekitar di setiap peringkat serta pencapaian yang diperolehi. Rata- rata sekolah yang bertanding menunjukkan komitmen yang tinggi dalam memastikan misi dan visi sekolah hijau tercapai.

Program sebegini adlaah amat penting dalam usaha memupuk dan menyemai sikap pentingkan kesejahteraan alam sekitar dalam kalangan murid-murid dan juga warga sekolah.

 

Sumber:

Facebook Jabatan Alam Sekitar (JAS)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …