RM242.97 JUTA DIPERUNTUKKAN UNTUK PULIHARA SUNGAI DUNGUN


DUNGUN, 27 SEPTEMBER 2022


Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan menjalankan projek pemuliharaan muara Sungai Dungun, Kuala Dungun berjumlah RM242.97 juta bagi mengatasi masalah mendapan serta muara sungai yang cetek. Projek ini bakal memberi limpahan manfaat kepada lebih 5,000 penduduk tempatan termasuk komuniti nelayan dan sektor pelancongan. Projek ini dijadualkan bermula 26 September ini dan dijangka siap dalam tempoh 54 bulan.

Skop utama projek merangkumi pengorekan alur pelayaran, pembinaan struktur pemecah ombak dan pembinaan struktur dinding penahan lapis lindung pantai. Ia juga merangkumi pembinaan ‘groin’ iaitu struktur hidraulik yang dibina secara berserenjang bagi mengurangkan kesan pukulan ombak pada pantai serta pembinaan lampu tanda arah suar.

Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, mendapan di muara Sungai Dungun itu tidak selamat untuk perjalanan bot nelayan dan bot pelancongan ke Pulau Tenggol. Keadaan menjadi bertambah buruk semasa musim monsun timur laut (MTL) apabila angin kencang dan gelombang kuat menyebabkan kerosakan bot selain risiko nyawa. Selain itu, pemendapan di muara sungai itu turut mengurangkan keupayaan sungai untuk mengalirkan air ke laut dan mengakibatkan banjir. Justeru, projek ini dijangka dapat mengurangkan risiko banjir pantai yang membabitkan hampir 5,000 penduduk tempatan.

Artikel/Berita Terkini

SELAMATKAN DIRI DENGAN UBAH KEPADA GAYA HIDUP SIHAT

Kesihatan aset penting dalam kehidupan manusia dan menjadi aspek utama dalam kesejahteraan dan kemakmuran masyarakat atau negara. Tanpa disedari, corak …
Maklumat Lanjut

KEPKAS AMBIL TINDAKAN SUSULAN INSIDEN PELANCONG CHINA CEDERA AKTIVITI PARAGLIDING DI RANAU

KOTA KINABALU (30 April): Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar melalui agensinya Lembaga Pelancongan Sabah (STB) sedang membuat susulan berhubung …
Maklumat Lanjut

PESTA KAAMATAN MENGINGATKAN SEMUA UNTUK BERUSAHA LEBIH GIAT LAGI: HAJIJI

RANAU (1 Mei): Sambutan Pesta Kaamatan memberi peringatan kepada semua pihak untuk berusaha dengan lebih giat lagi bagi meningkatkan keberhasilan …
Maklumat Lanjut