KEDAH MOTOR FEST TARIK MINAT ANAK MUDA

Susulan daripada sambutan luar biasa yang diterima semasa penganjuran Kedah Motor Fest yang diadakan di Dataran Amanjaya Mall, Sungai Petani, Sabtu lalu, Kerajaan Negeri bercadang untuk menganjurkan satu lagi acara permotoran pada Disember ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor berkata, program Kedah Motor Fest itu berjaya menghimpunkan peminat-peminat permotoran dari negeri ini serta penyertaan dari negeri-negeri lain yang membabitkan pelbagai kategori motosikal.

Dianggarkan seramai 50,000 peserta telah membanjiri Dataran Amanjaya Mall selama tiga hari program berlangsung dengan pelbagai aktiviti yang telah direncanakan oleh pihak penganjur.

Foto: BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …