PROGRAM PEMERKASAAN GERAKAN PENGGUNA SISWA (GPS): TEAM BUILDING TAHUN 2022

Port Dickson, 23 & 24 September 2022 || KPDNHEP Negeri Sembilan telah melaksanakan Program Pemerkasaan Gerakan Pengguna Siswa (GPS) : Team Building Tahun 2022 bertempat di Ancasa Residences, Port Dickson.

Program ini melibatkan 46 pelajar dari IPT-IPT dalam Negeri Sembilan iaitu UiTM Seremban 3, Politeknik Port Dickson, Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Kolej Komuniti Tampin dan Kolej Komuniti Rembau. Program dirasmikan pada 23 September 2022 oleh YB Tuan Veerapan A/L Superamaniam, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan bersama Pengarah KPDNHEP Negeri Sembilan dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Gerakan Kepenggunaan.

Antara objektif program ialah membangunkan fungsi Gerakan Pengguna Siswa (GPS) supaya mempunyai rangkaian kerjasama yang besar, komited dan proaktif

agar sama-sama dapat meningkatkan kesedaran serta menyebar ilmu pengetahuan berkaitan kepenggunaan. Selain itu, program ini turut memupuk semangat kerja berpasukan dan mengadaptasi kelebihan dan perbezaan untuk diteladani.

Penubuhan Gerakan Pengguna Siswa (GPS) merupakan suatu entiti kumpulan yang berstruktur, berperlembagaan, berperaturan dan berkepimpinan yang dianggotai oleh pelajar-pelajar IPT yang mempunyai minat dan kecenderungan yang sama serta bertujuan untuk saling bekerjasama, bantu-membantu dan berkongsi sumber dalam melaksanakan aktiviti dan mencapai matlamat yang telah ditetapkan dan dipersetujui bersama dalam hal-hal kepenggunaan.

Sumber: KPDNHEP Negeri Sembilan

 

 

 

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …