PROGRAM JPJ@KOMUNITI

NEGERI SEMBILAN – 24 SEPTEMBER 2022. Bertempat di Pantai Saujana, Bt. 4 Port Dickson. Unit Keselamatan Jalan Raya & Korporat, Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri sembilan telah melaksanakan program JPJ@KOMUNITI.

Program ini dilaksanakan dengan kerjasama pelajar dari Politeknik Port Dickson & Kolej Uniti Port Dickson. Antara aktiviti utama yang yang dilaksanakan ialah Pocket Talk Keselamatan Jalan Raya yang disampaikan kepada peserta yang terlibat disamping aktiviti gotong royong di sekitar pantai.

Selain itu, warga JPJ serta pelajar yang hadir turut mengambil kesempatan & peluang untuk menyampaikan mesej keselamatan jalan raya kepada pengunjung pantai dengan memberikan risalah tentang keselamatan jalan raya kepada orang ramai yang berada di kawasan pantai tersebut.

Program ini turut melibatkan Kelab Sukan & Kebajikan JPJ Negeri Sembilan dengan mengadakan pertandingan tarik tali serta sukaneka di antara kakitangan JPJ, pelajar Politeknik Port Dickson dan Kolej UNITI yang terlibat bagi memeriahkan lagi program ini.

Untuk sebarang aduan trafik, orang awam boleh menyalurkan aduan berkenaan kepada aduantrafik@jpj.gov.my atau platform aplikasi e-Aduan@JPJ berserta dengan butiran lengkap pengadu dan juga butiran lengkap aduan.

Sumber: Facebook JPJ Negeri Sembilan

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …