RM300 RIBU DANA UNTUK INDUSTRI TENUSU NEGERI

 

KOTA BHARU – Pihak Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan telah meluluskan peruntukan RM300 ribu untuk tahun 2022 bagi membangunkan industri tenusu di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau Dan Alam Sekitar Negeri Kelantan, YB Ustaz Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata penganjuran kursus tenusu ini adalah sebahagian daripada perancangan JPVNK dalam membangunkan lagi industri tenusu di negeri ini.
Selain penganjuran latihan dan kursus kepada penternak, melalui peruntukan RM300 ribu ini juga JPVNK telah merancang untuk membeli 50 ekor induk kambing susu dan 10 ekor pejantan kambing susu untuk diagihkan kepada penternak terpilih serta membeli makanan tambahan, ubatan, vitamin, mineral dan hormon pembiakan.
Selain itu, peruntukan ini juga akan digunakan untuk membekal sperma untuk pembiakan lembu tenusu dan kambing tenusu serta renovasi kandang-kandang di ladang tenusu.
Kursus tersebut disertai 80 peserta terdiri daripada penternak lembu tenusu dan kambing tenusu seluruh Kelantan serta turut melibatkan kakitangan JPVNK.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …