PROGRAM JELAJAH JATI DIRI PRA-UNIVERSITI PERINGKAT DAERAH KUALA TERENGGANU


KUALA TERENGGANU, 22 SEPTEMBER 2022


Program Jelajah Jati Diri Pra Universiti Peringkat Daerah Kuala Terengganu telah diadakan pada 22 Sept 2022 yang bertempat di SMK Sultan Ahmad, Kuala Terengganu.  Program ini adalah program kolaborasi antara PEWARIS Terengganu, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan MKN Negeri Terengganu. Sebanyak 5 buah sekolah yang terlibat pada hari ini iaitu SMK Sultan Ahmad, SMK Haji Abd Rahman Limbong, SMK Seri Nilam, SMK Padang Midin dan SMK Belara. Anggaran kehadiran peserta adalah seramai 300 orang yang terdiri daripada pelajar tingkatan 6 Semester 1 dan 3.

Objektif program adalah bagi memberikan kefahaman kepada generasi pewaris (pelajar tingkatan enam) mengenai keselamatan dalam negara dan cabaran semasa. Selain itu, program ini juga bertujuan menyuntik semangat untuk melakukan lonjakan paradigma ke arah mempertingkatkan keyakinan diri pelajar yang juga bakal pemimpin negara di masa hadapan.

Pengisian utama program adalah memfokuskan kepada tiga teras utama iaitu keselamatan negara, pemahaman sistem demokrasi berparlimen dan Raja Berpelembagaan serta keperluan pemugaran jati diri sebagai teras kecemerlangan sesebuah tamadun.

Taklimat-taklimat ini telah disampaikan oleh wakil-wakil dari jabatan berkaitan iaitu bagi taklimat Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama disampaikan oleh Puan Seri Edayu Huzaizie binti Hussin, Penolong Pengarah MKN Terengganu. Taklimat Tanggungjawab Seorang Warganegara disampaikan oleh Tuan Haji Ahmad Redza bin Arshad, Penolong Pegawai Jabatan Penerangan Negeri Terengganu. Dan taklimat Melihat Ke Dalam Diri, Mengupaya Jati Diri oleh Cikgu Mohd Taha Sali, PEWARIS Terengganu

Program ini diakhiri dengan uacapan alu-aluan oleh YM Dato’ Syed Anuar bin Syed Mohamad, Pengerusi PEWARIS Terengganu manakala Ucapan Perasmian disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Jelani bin Sulong, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Terengganu.

Artikel/Berita Terkini

APAKAH AKAUN 3 KWSP (AKAUN FLEKSIBEL)

Akaun Fleksibel atau Akaun 3 KWSP adalah akaun baharu yang terdiri daripada 10% jumlah simpanan ahli. Akaun ini bertujuan untuk …
Maklumat Lanjut

TINDAKAN KES DIHASILKAN DIBAWAH AKTA CAP DAGANGAN 2019

RANTAU PANJANG : Pegawai Penguat Kuasa KPDN, Kelantan telah menerima serahan kes daripada Batalion 7 Pasukan Gerakan AM berkaitan membanteras …
Maklumat Lanjut

SISA TEKSTIL TAK TERKAWAL ANCAM TAPAK PELUPUSAN SAMPAH

Tapak pelupusan sampah di seluruh negara bakal berdepan masalah kritikal sekiranya pembuangan sisa tekstil yang mengambil masa 200 tahun untuk …
Maklumat Lanjut