DUA BANGUNAN KEDAI LAMA HANGUS

SEREMBAN – Dua bangunan rumah kedai lama di Jalan Dato Lee Fong Yee di sini hangus dalam kebakaran pada awal pagi Rabu.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, Timbalan Penguasa Bomba, Mohamad Idris berkata, insiden itu menyebabkan premis dua tingkat itu musnah hampir 100 peratus.

Beliau berkata, bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 3.05 pagi yang memaklumkan terdapat tiga bangunan rumah kedai lama terbakar.

“Api dapat dikawal dalam tempoh 30 minit dan padam sepenuhnya pada jam 6.30 pagi. Hasil penilaian semula mendapati hanya dua bangunan kedai terbakar.

“Ia melibatkan dua kedai ubat yang mana tingkat bawah musnah 80 peratus dan tingkat atas musnah sepenuhnya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, bangunan berkenaan dianggarkan berusia 50 tahun dan struktur lantainya daripada kayu.

“Tiada mangsa semasa kejadian dan punca sebenar kejadian serta anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Operasi pemadaman kebakaran membabitkan Balai Bomba dan Penyelamat Seremban dibantu Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Senawang dan Ampangan membabitkan 50 anggota.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

JUMLAH MISKIN TEGAR DI TERENGGANU BERKURANGAN SEBANYAK 3,268

Statistik jumlah miskin tegar di Terengganu menunjukkan jumlah pengurangan sebanyak 3,268 keluarga dalam tempoh empat bulan pada tahun ini. Timbalan …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN NEGERI HARGAI PERANAN MEDIA DI SABAH

KOTA KINABALU (7 Mei): Kerajaan negeri menghargai peranan dan kerjasama media selama ini terutama dalam memberi laporan berkaitan segala usaha …
Maklumat Lanjut

PELAJAR DI NEGARA BERGOLAK DIMINTA KEMASKINI MAKLUMAT KEPADA KEDUTAAN

BONGAWAN (6 Mei): Pelajar terutama di negara bergolak, diminta untuk sentiasa mengemaskini maklumat dan lokasi kepada pejabat kedutaan. Timbalan Menteri …
Maklumat Lanjut