???????? ?? ??????? ?????? ????, ??????? 11 ??????? ????? ????? ?? ??? (???) 2022

Penduduk Komuniti Presint 11, Putrajaya telah menyahut cabaran World Clean Up Day (WCD) dengan mengadakan aktiviti Plogging Sempena WCD bermula Jalan KVDT, Putrajaya hingga sempadan Cyberjaya, Selangor. Seramai 20 orang peserta telah menyertai aktiviti pada 20 September 2022.

Selepas 45 minit pelaksanaan plogging, sisa sebanyak 77.4 kg sisa berjaya dikutip. Dari jumlah tersebut 40.2 kg atau 52% darinya adalah sisa yang boleh dikitar semula. Ini menunjukkan bahawa masih ramai orang awam tidak mengitar semula, dan membuang sampah merata-rata. Sisa lain yang dipungut adalah plastik (24. 1 kg), getah/kulit (11.9 kg), besi (2.4 kg), kaca (1 kg), lain-lain sisa (16.2 kg), puntung rokok (37 puntung) dan penutup muka (40 unit).

Tuan Hariz Hafizuddin bin Zainal, Pengurus Cawangan SWCorp Wilayah Persekutuan Putrajaya turun meninjau dan bersama-sama menyertai aktiviti WCD yang dilakukan oleh komuniti Presint 11.

Diharapkan juga usaha kecil ini menjadi ikutan masyarakat. Dengan meluangkan masa 10 minit sehari, aktiviti pembersihan dilakukan di kediaman atau tempat kerja. Amalan seperti ini boleh diterapkan sekaligus menjadi budaya yang akan menjadi ikutan generasi akan datang.

SUMBER: SWCORP WILAYAH PERSEKUTUAN

Artikel/Berita Terkini

TEKAN PEMATUHAN GARIS PANDUAN DAN ASPEK KESELAMATAN PEMBINAAN MENARA TELEKOMUNIKASI

KUANTAN, 25 APRIL 2024 : Keselamatan menara dan struktur sistem pemancar telekomunikasi adalah penting di mana pembinaannya perlu mengikut spesifikasi …
Maklumat Lanjut

DUA AHLI β€˜GENG BEAN’ AKTIF CURI MOTOSIKAL DI KL, JUAL DI SEREMBAN TUMPAS

Polis menumpaskan β€˜Geng Bean’ yang aktif mencuri motosikal dengan penahanan dua lelaki dalam serbuan berasingan sekitar ibu kota dan Seremban, …
Maklumat Lanjut

PROGRAM BUDAYA TIGA SERUMPUN 2024 TERUS PERKUKUH TIGA NEGARA

Program Budaya Tiga Serumpun 2024 menjadi platform memartabatkan Bahasa Melayu serta mengukuhkan persaudaraan antara tiga buah negara serumpun iaitu Malaysia, …
Maklumat Lanjut