RUMAH KEDAI DI PERKAMPUNGAN CINA KUALA TERENGGANU TERBAKAR


KUALA TERENGGANU , 19 SEPTEMBER 2022


Sebanyak 12 buah rumah kedai termasuk sebuah kedai emas di Jalan Kampung Cina di sini, musnah dalam kebakaran pada 18 September semalam. Kebakaran di premis perniagaan yang terletak di perkampungan warisan negeri tersebut berlaku pada pukul 8.45 malam.

Antara premis perniagaan terlibat dalam kebakaran tersebut adalah kedai emas, restoran, kedai kain dan kedai membaiki kunci dengan kerugian keseluruhan dianggarkan mencecah jutaan ringgit. Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Terengganu, Mohd. Khairiri Mat Rasad @ Arshad berkata, pihaknya menerima maklumat tentang kebakaran tersebut daripada seorang orang awam yang berlari ke Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kota di sini terletak kira-kira 800 meter dari lokasi kebakaran.

Bagi memadam kebaran yang marak itu, seramai 60 anggota bomba termasuk dari beberapa daerah berhampiran bergegas ke lokasi kejadian. Pada waktu ketibaan bomba lima premis perniagaan sedang terbakar namun api merebak dengan pantas kerana angin kencang dan sistem pendawaian elektrik tidak sistematik.

Kebakaran dapat dikawal dalam tempoh 45 minit dan tiada kehilangan jiwa dan kecederaan dilaporkan. Kesemua 12 premis perniagaan diperbuat daripada kayu terbabit musnah antara 30 hingga 100 peratus. Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Foto kejadian kebakaran sumber dari orang ramai.

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …