10 RUMAH PENYEMBELIHAN TERNAKAN DIBINA DI SELURUH NEGERI TERENGGANU


MARANG, 19 SEPTEMBER 2022


Perasmian rumah penyembelihan di Wakaf Tapai, Marang pada baru-baru ini menjadikan setiap daerah di negeri Terengganu mempunyai rumah penyembelihan ternakan. 10 rumah penyembelihan tersebut adalah dibina oleh kerajaan persekutuan sebanyak empat buah, tiga dikendalikan oleh pihak swasta, dua buah adalah milik Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang dipindahkan pengurusannya kepada JPV Terengganu dan sebuah adalah milik kerajaan negeri.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri Dr Azman Ibrahim, rumah sembelihan ini dibina di atas tanah seluas 0.57 hektar sekali gus melengkapkan setiap daerah mempunyai rumah sembelihan sendiri.

Seterusnya, projek pembinaan rumah sembelihan ini telah dijalankan pada Disember tahun lalu dan kini boleh digunakan bagi kemudahan penternak yang ingin menyembelih haiwan ternakan mereka. Selain itu, rumah sembelihan itu boleh menampung 15 ekor lembu untuk disembelih dalam tempoh sehari pada hari biasa.

sumber foto: Unit Penerangan Darul Iman (UPDI)-Ammar Rozlan

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …