MAJLIS SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA PERINGKAT WP LABUAN TAHUN 2022

Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Belia Negara dan Program Youth Career Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan.

Program ini bertujuan untuk meraikan dan mendekati golongan belia di peringkat akar umbi agar menjadi simbol kebersamaan golongan belia dan kerajaan dalam proses pembangunan belia secara holistik. Program ini juga dilaksanakan bagi menyediakan platform dan memberi akses kepada belia massa untuk mendapatkan maklumat dan peluang penempatan pekerjaan berdasarkan keperluan industri. Program ini merangkumi 3 segmen utama iaitu sesi perkongsian, sesi penglibatan bersama industri/majikan, sesi penilaian dan persediaan penempatan.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB. Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan di Dewan Konvensyen Ujana Kewangan pada 18 Sempetmber 2022. Majlis turut diserikan dengan gimik perasmian, penyampaian anugerah, dan persembahan pentas oleh artis jemputan.

 

Gambar ambil di FB Jabatan Belia dan Sukan WP Labuan

 

 

 

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …