PERARAKAN KENDERAAN BERHIAS SEMPENA ULANG TAHUN KEPUTERAAN SULTAN TERENGGANU


KUALA TERENGGANU, 18 SEPTEMBER 2022


Lebih 8,000 rakyat Terengganu tidak melepaskan peluang menyaksikan perarakan kenderaan berhias sempena sambutan Hari Keputeraan ke-60 Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang berlangsung pada 16 September 2022 bermula jam 8 malam. Mereka membanjiri Dataran Batu Burok di sini sejak pukul 6.30 petang bagi menyaksikan perarakan tersebut yang kembali dianjurkan selepas kali terakhir pada tahun 2015. Perarakan kenderaan berhias tersebut bertujuan untuk menonjolkan keistimewaan produk terdapat di setiap daerah dan agensi kerajaan negeri di Terengganu.

Program tahun ini disertai lapan kenderaan yang mewakili kesemua pejabat tanah dan daerah di seluruh Terengganu. Selain itu, sebanyak 16 beca berhias yang mewakili agensi kerajaan negeri Terengganu turut serta dalam perarakan yang diadakan pada Hari Malaysia tersebut. Kesemua lapan kenderaan dan beca berhias berkenaan berarak sejauh kira-kira 3.2 kilometer dari Dataran Shah Bandar sehingga Dataran Batu Burok di sini.

Kenderaan berhias Kemaman yang menampilkan tiga elemen melambangkan identiti daerah itu iaitu kepala kapal (Pelabuhan Kemaman), flora fauna dan maskot binatang (Taman Rekreasi dan Zoo Kemaman) serta minyak (hub industri petroleum dan gas terbesar Semenanjung Malaysia) dinobat sebagai juara manakala tempat kedua dan ketiga dimenangi oleh Dungun serta Kuala Nerus. Bagi Pertandingan Beca Berhias pula dijuarai Hotel Paya Bunga, disusuli Duyong Marina Resort dan Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) menduduki tempat kedua serta ketiga.

(sumber foto: Media MB Terengganu)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …