LABUAN JADI PILIHAN PERTEMUAN SEMULA BEKAS PELAJAR St.JOHN JAFNA SRI LANKA

LABUAN JADI PILIHAN PERTEMUAN SEMULA BEKAS PELAJAR St.JOHN JAFNA SRI LANKA
Labuan bukan sahaja terkenal dengan status pulau bebas cukai namun menjadi salah satu destinasi pelancongan yang menarik di negara ini.
Ini kerana pulau Labuan mempunyai tempat-tempat menarik yang menjadi tarikan kepada pelancong untuk datang ke pulau ini dengan melakukan aktiviti pelancongan.
Kehadiran 33 orang bekas pelajar Kolej St. John Jafna Sri Lanka meraikan pertemuan semula di pulau ini menjadi pilihan mereka menikmati percutian di sini.
Ketika ditemui pemberita, jurucakapnya Prakash Gunasingam berkata pulau Labuan mempunyai persamaan dengan Sri Lanka dari segi cuaca dan budaya serta senang berinteraksi bersama orang tempatan.
Beliau berkata, setibanya di pulau ini pelbagai aktiviti dilakukan antaranya melawat beberapa tempat bersejarah dan ikonik di Labuan seperti Taman Peringatan Perang Dunia Kedua, Pulau Rusukan (snorkeling) dan menikmati gaya hidup dekat di pulau ini.
Jelasnya, Labuan merupakan destinasi ketiga sesi pertemuan semula itu selepas di India serta di Bali Indonesia dan Labuan merupakan cadangan sepupunya yang berada di Malaysia.
Tambahnya, Labuan merupakan sebuah tempat yang menarik, pelbagai jenis makanan serta kekayaan budi bahasa orang tempatan di sini.
Sementara itu, perhimpunan semula itu memupuk kembali imbauan kenangan lalu selain mengeratkan hubungan silaturahim antara mereka.
Ini kerana beliau menjelaskan, kebanyakkannya dalam kalangan mereka yang sudah berumur 50an telah berhijrah ke negara lain kerana mempunyai kerjaya masing-masing.
SUMBER : BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …