MAIM CADANG BINA PUSAT PENJAGAAN WARGA EMAS

DURIAN TUNGGAL – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bercadang mewujudkan sebuah pusat penjagaan warga emas khusus untuk mereka yang tidak mempunyai waris.

Timbalan Pengerusi MAIM Datuk Wira Md Rawi Mahmud berkata, menerusi cadangan itu warga emas tidak mempunyai waris bukan sahaja mempunyai tempat untuk berlindung sebaliknya kebajikan mereka juga terjamin.

“Kes warga emas yang tidak mempunyai waris di Negeri Melaka jarang kami terima, namun jika ada mereka berkenaan terpaksa dirujuk ke rumah penjagaan di Muar, Johor.

“Berikutan itu kami rancang untuk wujudkan rumah penjagaan bagi warga emas tidak mempunyai waris di Melaka Tengah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas melawat mangsa kebakaran di Kampung Belimbing Dalam, di sini, hari ini.

Md Rawi berkata, rumah penjagaan berkenaan dijangka dibina di tanah rizab milik MAIM namun lokasi yang sebenar belum diputuskan lagi.

Menurutnya, perkara itu akan dibawa ke peringkat mesyuarat ahli majlis hal ehwal Islam bagi mendapatkan persetujuan.

“Setakat ini MAIM belum ada rumah penjagaan, namun jika direalisasikan kelak pengurusan warga emas akan menjadi lebih mudah. Saya amat berharap cadangan ini mendapat maklum balas yang positif dan dapat dilaksanakan,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini /HMetro

 

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …