PUSAT KOMUNITI TUMPAT SEDIA DIGUNA

 

TUMPAT – Bagi memberi kemudahan kepada masyarakat, agensi atau badan-badan tertentu menganjurkan program kepada orang ramai, pusat komuniti yang baharu siap dibina dan terletak di bandar lama Tumpat menyediakan kemudahan seperti bilik seminar, bilik bacaan dan dewan utama.
Menurut Pegawai Perancang Bandar dan Desa Majlis Daerah Tumpat (MDT), TPr Suhaizat Mohd Sabri berkata, dewan utama yang dibina di pusat komuniti tersebut dapat menampung 200 pengguna dalam satu-satu masa.
“Projek yang dimulai pada Mac 2022 itu membabitkan kos RM200,000 yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri di bawah portfolio Kesejahteraan Rakyat yang dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan Dato’ Mohd Amar Abdullah,” katanya ketika dihubungi semalam.

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut