40 PENYELAM KUTIP TAPAK SULAIMAN MAHKOTA BERDURI


BESUT, 14 SEPTEMBER 2022


Sebanyak 358 tapak sulaiman mahkota berduri atau juga dikenali sebagai Crown of Thorns Starfish–COTS berjaya dikutip oleh sekumpulan pasukan penyelam di sekitar Pulau Perhentian, Besut, Terengganu melalui Program “Crown of Thorns and Beach Clean Up” baru-baru ini. Menurut Pembantu Perikanan Cawangan Taman Laut Pengurusan dan Perlindungan Sumber Daerah Besut, Encik Nazrul Azlinshah Ahmad Nazmi, tapak sulaiman daripada spesis itu berjaya dikumpulkan oleh 40 penyelam yang terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta.

Program yang diadakan itu turut disertai penyelam dari luar Terengganu antaranya dari Kelantan, Johor, Kedah, Sabah dan Kuala Lumpur yang mana mereka berkumpul selama tiga hari di Pulau Perhentian bagi menjayakan program berkenaan. Ia merupakan program tahunan Jabatan Perikanan bertujuan memelihara kawasan terumbu karang yang mengalami kerosakan disebabkan oleh tapak sulaiman spesis tersebut yang merupakan musuh utama terumbu karang. Jabatan Perikanan memainkan peranan bagi melindungi kawasan terumbu karang terutama di lokasi perlindungan marin supaya terumbu karang ini tidak mengalami kepupusan.

Semua tapak sulaiman mahkota berduri atau nama saintifiknya ‘Acanthaster planci’ yang berjaya dikutip dilupus dengan cara ditanam di tepi pantai sedalam lebih satu meter.

Tapak sulaiman mahkota berduri yang dikutip dilupuskan dengan cara ditanam. – Foto ihsan Ary Yusri

Program yang diadakan itu turut berjaya mengumpul hampir 40 kilogram sampah terdiri daripada botol minuman serta pembungkus makanan yang ditinggalkan pengunjung.Program ini bertujuan mendidik komuniti setempat dan pelancong yang datang ke Pulau Perhentian supaya menyayangi alam sekitar kerana kerakusan manusia boleh menjejaskan usaha pemuliharaan kepelbagaian biologi marin.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …