TIPS KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Keselamatan Kesihatan)

Tahukah anda? Setiap individu hanya disarankan mengambil garam sebanyak satu sudu teh sehari atau bersamaan dengan 5 gram garam. Walaupun begitu, kita seringkali mengambil garam melebihi saranan yang ditetapkan lebih-lebih lagi apabila membeli makanan di luar.

Hal ini kerana makanan yang disediakan di luar kebiasaannya mengandungi garam tersembunyi yang tinggi seperti yang terdapat di dalam sos, perasa tambahan dan makanan terproses. Pengambilan garam secara berlebihan dengan kerap juga boleh mendorong kepada tekanan darah tinggi dan penyakit kardiovaskular. Jadi, amalkan tips ini semasa makan di luar mahupun di rumah agar anda lebih berwaspada dengan pengambilan garam anda.

Pengambilan garam yang berlebihan boleh menyebakan tekanan darah tinggi, iaitu salah satu penyebab utama kegagalan ginjal, strok dan penyakit jantung. Ia juga menimbulkan rasa dahaga yang melampau dan boleh mengakibatkan pengambilan cecair yang berlebihan.

Oleh itu, bagi menjalani kehidupan yang lebih sihat, anda perlu lebih cakna akan tabiat pengambilan garam anda supaya tidak melebihi daripada saranan.

 

Sumber:

Nutritionistkkm

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …