RAKYAT KEDAH BAKAL NIKMATI PENINGKATAN PERKHIDMATAN KESIHATAN

Majlis perasmian dan pecah tanah Projek Pembinaan Bangunan Tambahan Hospital Sultanah Maliha, Langkawi telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Kedah Darul Aman dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Sultanah Maliha Binti Almarhum Tengku Ariff, Sultanah Kedah Darul Aman. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Bin Md Nor, Menteri Besar Kedah, YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan dan YB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Menteri Kanan Kerja Raya.

Projek yang dijadualkan siap sepenuhnya pada 16 Julai 2025 itu dilaksanakan untuk menaiktaraf perkhidmatan perubatan sedia ada di Hospital Sultanah Maliha demi kemudahan dan manfaat kepada penduduk di Pulau Langkawi khususnya, dan negeri Kedah amnya. Pertambahan bangunan di Hospital Sultanah Maliha ini akan dapat memuatkan dua ratus dua puluh (220) katil pesakit, menjadikan kapasiti keseluruhan bilangan katil di Hospital Sultanah Maliha sebanyak tiga ratus tiga puluh (330) katil. Perkara ini sekaligus menjadikan Hospital Sultanah Maliha bertaraf Hospital Pakar Major.

 

Selain daripada itu, YB Menteri Kesihatan dalam majlis tersebut turut mengumumkan beberapa lagi kelulusan projek fasiliti kesihatan di negeri Kedah antaranya, pembinaan Klinik Kesihatan di Pulau Tuba, Langkawi dan juga bangunan tambahan Hospital Baling yang dijangka siap pada awal tahun 2023.

 

Foto: Kosmo!

Infografik: Warta Kedah

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …