COVID-19: PERTUBUHAN PENGAKAP DAERAH LMS BANTU FRONTLINERS

Sumber Foto : FB AB Aziz Opt
Sumber Foto : FB AB Aziz Opt

IPOH, 19 April 2020 – Tahniah kepada semua tenaga penggerak Pengakap Daerah Larut, Matang dan Selama di atas usaha mereka menyiapkan 4,000 face shield untuk para petugas barisan hadapan. Usaha mereka telah mendapat pujian dari Menteri Besar Perak, Dato Seri Ahmad Faizal bin Dato Azumu. Beliau menerusi facebook rasminya “Faizal Azumu” mendoakan agar Allah SWT mengurniakan sebaik-baik ganjaran buat semua yang terlibat dalam membantu wira-wira barisan hadapan memerangi wabak Covid-19.

Sumber Foto : FB AB Aziz Opt

Hampir 4000 face shield berjaya disiapkan dan telah diedarkan di sekitar daerah Larut, Matang dan Selama untuk frontliners seperti balai-balai polis, hospital, klinik dan pusat koreksional. Projek ini adalah hasil kerjasama 10 orang pemimpin pengakap bersama Pesuruhjaya Pengakap di daerah tersebut.

 

 

Sumber berita : FB Faizal Azumu dan FB AB Aziz Opt

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …