KE ARAH MASYARAKAT BIO-INOVASI BERTEKNOLOGI TINGGI

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Intergrasi Dasar dan Operasi)

Pada 12 September 2022 (Isnin), YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob telah melancarkan Dasar Bioteknologi Negara 2.0 (DBN 2.0). DBN 2.0 ini akan menambah baik strategi-strategi yang terkandung dalam Dasar Bioteknologi Negara terdahulu selaras dengan perkembangan trend di peringkat global selain memastikan bidang bioteknologi berkembang pesat dan maju selaras dengan aspirasi menjadikan Malaysia sebuah negara berteknologi tinggi menjelang tahun 2030.

DBN 2.0 akan memberi tumpuan kepada tiga (3) tunjang utama iaitu Bioteknologi Pertanian dan Jaminan Makanan, Bioteknologi Penjagaan Kesihatan dan Kesejahteraan serta Bioteknologi Perindustrian dan Ekonomi Kitaran.

YAB Dato’ Sri Ismail Sabri turut mengumumkan Penubuhan Gabungan Pusat Penyelidikan Bioteknologi Malaysia (Malaysia Biotechnology Alliance of Research Centre). Gabungan ini melibatkan semua institusi dan institut penyelidikan berasaskan bioteknologi yang mengendalikan dan mengemudi penyelidikan berdasarkan permintaan industri dan kepentingan strategik negara.

 

Sumber:

Kementerian Sains, Inovasi dan Teknologi (MOSTI)

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …