GAGAL MENDEDAHKAN KOS PEMBAIKAN DAN HARGA ALAT GANTI, PREMIS DIKOMPAUN KPDNHEP KELANTAN

 

KOTA BHARU 13 Sept : Satu aduan daripada pengguna yang tidak berpuas hati mengenai kos perkhidmatan pembaikan dan harga alat ganti membaiki kenderaan telah diadukan secara rasmi beserta bukti pembayaran.
Sepasukan Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Negeri Kelantan telah menjalankan siasatan segera pada petang semalam mendapati premis bengkel kenderaan yang diadukan tidak mempamerkan tanda harga alat ganti dan kos perkhidmatan yang dibekalkan mengikut peraturan bengkel dibawah Akta Pelindungan Pengguna 1999.
Pengaduan awam ini dilokasi sebuah premis membaiki kenderaan di Batu 3 Jalan Kuala Krai, Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, Kelantan.
1 Tindakan kes dibawah Akta Perlindungan Pengguna 1999, kerana premis gagal menyediakan pendedahan maklumat bengkel (Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna (Pendedahan Maklumat Bengkel) 2002) telah dihasilkan daripada pemeriksaan siasatan aduan ini serta premis yang diadukan telah dikompaun.
KPDNHEP menyeru serta ingin mengingatkan pengguna agar sentiasa memberikan kerjasama untuk membuat aduan terus kepada pihak berkuasa bagi setiap permasalahan yang dihadapi beserta bukti pembelian pembelian mengikut saluran aduan rasmi KPDNHEP yang disediakan.
Selain itu agar setiap kesalahan yang dilakukan dapat diambil segera tindakan tegas penguatkuasaan yang boleh menjadi teladan kepada masyarakat amnya.
Peniaga juga diingatkan tidak memanipulasi perniagaan serta mengambil kesempatan kepada pengguna serta sering mengamalkan perdagangan yang harmoni antara pengguna dan peniaga setiap masa.

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …