JUALAN MURAH KELUARGA MALAYSIA DIPERLUAS

 

BACHOK – Program Jualan Murah Keluarga Malaysia (JMKM) yang diadakan dua kali sebulan iaitu pada Sabtu minggu pertama dan minggu ketiga menawarkan harga barang keperluan harian jauh lebih murah berbanding di pasaraya lain.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Irama YB Mohd Huzaimy Che Husin, melalui program tersebut seramai 160 orang yang tergolong dalam kategori B40 diberi kupon bernilai RM50 setiap seorang untuk mereka membeli barang keperluan dapur dengan harga murah.
“Tujuan kita agihkan kupon tersebut bagi membolehkan mereka merasai harga barangan yang murah ditawarkan oleh kerajaan sempena program ini.
Alhamdulillah, kita bersyukurlah dengan inisiatif kerajaan pada hari ini, sekurang-kurangnya dapat meringankan beban keluarga yang memerlukan dalam mengharungi kemelesetan ekonomi sekarang,” katanya pada Program JMKM DUN Pantai Irama di Pantai Timur Hypermarket, Sabtu lalu.
Sementara itu, Program jualan murah yang diseliakan oleh agensi kerajaan, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) ini telah mendapat kerjasama daripada pemimpin tempatan termasuk wakil rakyat dan dijangka akan berakhir hujung tahun ini.

Artikel/Berita Terkini

JURUTERBANG RUGI HAMPIR RM200,000 TERPEDAYA PAKEJ HAJI PALSU

Seorang juruterbang wanita di sebuah syarikat penerbangan mengalami kerugian hampir RM200,000 selepas terpedaya dengan tawaran pakej haji yang tidak wujud …
Maklumat Lanjut

STPM 2024: NEGERI SEMBILAN LEPASI PNGK KEBANGSAAN BUAT PERTAMA KALI

Negeri Sembilan mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kali melepasi Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) Kebangsaan iaitu 2.85 bagi peperiksaan …
Maklumat Lanjut

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut