NILAI BANTUAN BINA RUMAH PRKM DI NAIKKAN

Kuala Lumpur 12 Sept  (Bernama) — Nilai bantuan bina baharu Program Perumahan Rakyat Keluarga Malaysia (PRKM) yang sebelum ini dikenali Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di naikkan daripada RM56,000 kepada RM66,000 seunit bagi Semnanjung Malaysia dan daripada RM68,000 kepada RM79,000 bagi Sabah, Sarawak dan Labuan.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid ketika mengumumkan kenaikkan itu, berkata bantuan baik pulih pula dinaikkan pada kadar maksimum RM15,000 di Semenanjung manakala bagi Sabah, Sarawak dan Labuan dinaikkan ke kadar maksimum RM17,000.

Sebelum ini kadar baikpulih di Semenanjung adalah RM13,000 dan RM15,000 di Sabah, Sarawak serta Labuan.

“Kenaikan itu akan membantu pihak kontraktor menangani isu peningkatan kos bahan binaan yang menyebabkan mereka gagal menyiapkan projek kerana tiada margin keuntungan kerja yang di laksanakan.

“Ia juga bagi mengekang kenaikkan harga bahan binaan yang peru ditanggung kontraktor terutama sejak Mei 2022 berdasarkan laporan indeks harga seunit bahan binaan dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia”, katanya kepada media selepas Majlis Perhimpunan Bulan September 2022 kementerian itu di Wisma Felcra di sini hari ini.

Mahdzir berharap dengan menaikkan kadar bantuan itu, kontraktor PRKM boleh meneruskan projek mereka kerana margin keuntungan dijamin mencukupi dengan nilai baharu yang diluluskan itu.

Beliau berkata kenaikkan nilai bantuan itu juga membolehkan kira-kira 13,000 unit rumah PRKM di laksanakan di seluruh negara.

“Ia akan memberi manfaat kepada lebih 70,000 isi rumah di luar bandar yang akan menerima bantuan rumah itu ,”  katanya.

Terdahulu pada majlis sama, Mahdzir menyampaikan replika kunci rumah PRKM yang siap dibina kepada 10 penerima bantuan perumahan itu.

Turut disampaikan , Anugerah Pelajar Cemerlang SPM Anak Felcra 2021 , Anugerah Khidmat Setia Felcra.

 

SUMBER : BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

PENDUDUK BANTAH ‘PROJEK HARAM’ PUSAT PERLINDUNGAN ANJING LIAR

Sebuah pusat perlindungan anjing liar didakwa dibina secara haram oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di tanah rizab kerajaan di …
Maklumat Lanjut

PENIAGA RUGI RM677,000 DIPERDAYA SKIM PELABURAN TIDAK WUJUD

Seorang peniaga makanan sejuk beku di Nilai mengalami kerugian lebih RM677,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan perniagaan atas talian dipercayai …
Maklumat Lanjut

PROGRAM COMMUNITY BASED SECURITY MANAGEMENT (CBSM) BERSAMA IPD JELEBU

3 Julai 2025: Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan mengambil inisiatif untuk melaksanakan program bersama Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah …
Maklumat Lanjut