CARI PEWARIS JIDORAN, KEMBALIKAN IDENTITI JAWA MELAKA

AYER MOLEK 12 September – Persembahan Jidoran, kedengaran agak aneh, malah boleh dikatakan ramai dalam kalangan penduduk di negeri ini tidak tahu ia sebenarnya satu persembahan muzik tradisional masyarakat Jawa.

Menggunakan alat muzik kompang dan beduk besar dikenali sebagai jidor, persembahan Jidoran kebiasaannya akan mengiringi pasangan pengantin atau menyambut ketibaan orang kenamaan atau pemimpin ke penganjuran majlis tertentu.

Namun begitu, dikatakan Jidoran kini semakin dilupakan kerana kurang mendapat perhatian dalam kalangan generasi baharu masyarakat Jawa sendiri, hingga ahli kumpulan muzik itu boleh dihitung dengan jari, kesan daripada peredaran zaman.

Setiausaha Pusat Komuniti Persatuan Warisan Anak Jawa (PERWAJA) Darmawan Samsudin berkata, sebagai pewaris pihaknya kini sedang berusaha untuk mempopularkan semula persembahan Jidoran di negeri ini menerusi Program Kesenian Permainan Jidoran Kita dianjurkan pada 21 Ogos lalu.

Katanya, meskipun permainan kesenian itu masih aktif namun jumlah ahli yang datang setiap kali latihan diandakan semakin menyusut, sekali gus menimbulkan kerisauan warisan seni itu akan hilang ditelan zaman.

“Jidoran hampir sama seperti permainan kompang, dimainkan kumpulan seramai 10 orang. Program dianjur diharapkan akan menarik minat lebih ramai anak muda, sekali gus mewarisi kesenian tradisi itu.

“Namun kami berdepan pelbagai kekangan, memang ada anak muda yang minat tetapi dibatasi masa kerana perlu tinggal di asrama dan tidak kurang yang berpindah tempat kerja, tetapi kami tidak patah semangat, Jidoran mesti ada pewarisnya,” katanya.

Darmawan berharap, alunan muzik kumpulan Jidoran selepas ini akan memeriahkan penganjuran majlis di Kampung Paya dalam, malah dia turut menyimpan angan-angan untuk membuat persempahan tradisi itu di negeri luar Melaka.

“Bagi tujuan itu PERWAJA bersama-sama Kelab Sosial Dinamik (KSD) Paya Dalam dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Melaka mengadakan program khas pada 21 Ogos lalu membabitkan 40 peserta berusia 10 hingga 18 tahun.

“Program ini dijalankan berbentuk bengkel dnegan pembabitan semua pemain lama seramai lima orang dengan mensasarkan dapat menyediakan pelapis untuk tempoh 20 tahun lagi,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini

Artikel/Berita Terkini

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut

AKSI INTIM DI MEDIA SOSIAL: MENGAUT UNTUNG ATAU MEMPERJUDIKAN MARUAH BANGSA?

“Apabila nafsu dijadikan komoditi, dan privasi dijual beli seperti barang pasar, maka nilai sebuah maruah tidak lagi bermakna.” Fenomena merakam …
Maklumat Lanjut