TINTA BICARA HARI MALAYSIA: KENALI NEGERI MELAKA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL (SEMANGAT KENEGARAAN)

Latar Belakang Negeri

Melaka atau juga dikenali sebagai Melaka Negeri Bersejarah terletak di barat Semenanjung Malaysia menghadap Selat Melaka di barat bersempadankan Negeri Sembilan di utara dan negeri Johor di tenggara. Keluasan Melaka ialah 1,663.1 km persegi, terdiri dari empat gabungan daerah iaitu Melaka Tengah, Alor Gajah, Jasin dan Masjid Tanah. Sistem pemerintahan Kerajaan Negeri Melaka diterajui Tun Seri Setia (Dr) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka.

Melaka amat dikenali kerana keunikan sejarahnya. Sejarah Melaka bermula apabila Parameswara, putera raja dari Palembang telah terlibat dalam peperangan merebut takhta kerajaan Majapahit pada akhir abad ke-14. Setelah ditumpaskan oleh kerajaan Majapahit, baginda telah lari mencari perlindungan ke Temasik yang pada ketika itu dikuasai oleh Siam. Setelah diusir dari Temasik oleh penjajah Siam, iaitu pada tahun 1396, baginda dan pengikut-pengikutnya mengundurkan diri ke Muar dan kemudiannya ke Sungai Ujong sebelum singgah di Bertam iaitu berdekatan dengan muara sungai Melaka. Setelah tiba di Bertam, baginda telah melihat anjing buruannya ditendang oleh seekor pelanduk putih. Baginda amat kagum dengan keberanian pelanduk putih tersebut dan membuat keputusan untuk membuka negeri di situ. Baginda telah bertanyakan nama pohon tempat baginda bersandar dan pengikutnya memberitahu bahawa nama pohon tersebut adalah pohon Melaka. Maka baginda telah membuat keputusan untuk menamakan negerinya sempena nama pohon tersebut.

Bendera Negeri

Bendera negeri Melaka mempunyai empat warna. Warna biru, kuning, merah dan putih yang terdapat pada bendera Melaka mencerminkan warna-warna yang terdapat pada bendera Malaysia (Jalur Gemilang), secara tidak langsung menandakan Melaka sebagai sebuah negeri di Malaysia. Lambang bulan sabit dan bintang pada bendera merupakan simbol kepada agama Islam iaitu agama rasmi negeri dan negara.

 

Jata Negeri

Warna merah, putih, kuning dan biru yang digunakan pada jata negeri menunjukkan Melaka adalah sebuah negeri dalam Malaysia. Lima bilah keris merujuk kepada lima orang pahlawan termasyhur di Melaka iaitu Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekiu, Hang Lekiu dan Hang Kasturi. Anak bulan dan bintang pecah lima menandakan agama Islam merupakan agama rasmi negeri, manakala pokok Melaka dan dua ekor pelanduk melambangkan sejarah Melaka mendapat namanya. Frasa ‘Bersatu teguh’ dalam tulisan rumi dan jawi merupakan cogan kata negeri.

Lirik Lagu Negeri

Melaka Bandar Bersejarah

Tempat tumpah darah kita

Dijunjung dengan sepenuh jiwa

Untuk maju dan jaya

Rakyat Melaka sudah bersatu padu

Berikrar taat setia

Jujur berkhidmat setiap masa

Melaka maju jaya

 

 

 

Artikel/Berita Terkini

JAMBATAN BAILEY DI JALAN KUANTAN-SEGAMAT DITUTUP SEMINGGU

Kuantan: Jalan Persekutuan (FT) 12 Jalan Kuantan-Segamat di Seksyen 102 (Kilometer 63 berhampiran kawasan burung unta) akan ditutup mulai 12 …
Maklumat Lanjut

51 PESERTA BAKAL PAMER KEMAHIRAN PANJAT POKOK TEMBUSU

Kuantan: Perbadanan Taman Negeri Pahang dengan kerjasama Persatuan Arborist Malaysia menganjurkan Pertandingan Memanjat Pokok Asia Pasifik (APTCC) 2024 di Kelab …
Maklumat Lanjut

JIM JALIN KERJASAMA DENGAN MC, JMB TANGANI ISU PATI

Kuala Lumpur: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur mengambil inisiatif untuk menjalinkan kerjasama dengan Perbadanan Pengurusan (MC) dan Badan Pengurusan …
Maklumat Lanjut