KEPELBAGAIAN PROGRAM AADK,PERKASAKAN KOMUNITI

 

PASIR MAS – Pelbagai program dan aktiviti diadakan khasnya kepada rakyat dengan kerjasama Pejabat Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Kelantan bersama Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chetok berlangsung di Kampung Galok Pasir Mas, semalam.
Antara aktiviti tersebut adalah sukan rakyat, pameran perkhidmatan kerajaan, pemeriksaan kesihatan, sesi advokasi AADK menerusi bas pameran bergerak AADK dan sebagainya mendapat sambutan luar biasa daripada rakyat sekitar.
Terdahulu, objektif program ini adalah memastikan setiap keluarga bebas daripada sebarang penyalahgunaan dadah serta memupuk budaya saling bertanggungjawab terhadap isu-isu pelencongan sosial.
Sementara itu, penyampaian perkhidmatan daripada kerajaan pusat mahupun negeri dapat disalurkan secara terus kepada penduduk setempat khususnya dalam aspek kempen penyalahgunaan dadah dan substan.
Usaha ini secara tidak langsung dapat melihat keadaan klien AADK dalam komuniti disamping dapat mempastikan mereka kekal dalam kepulihan.
.

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …