LAMPU LIMPAH BAHARU STADIUM MULA DIPASANG

 

KOTA BHARU – Pemasangan lampu limpah baharu yang mematuhi standard Malaysian Football League (MFL) antara fokus utama kerja-kerja naiktaraf Stadium Sultan Muhammad ke IV.
Majlis solat hajat bagi pemasangan lampu limpah tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan, YB Wan Roslan Wan Hamat di perkarangan Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV, pada 10 September.
Menurut YB Wan Roslan kerja-kerja penukaran empat unit lampu limpah sedang berjalan dan ianya menelan belanja RM3.4 juta yang dibiayai oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
“Lampu limpah sedia ada perlu ditukar baharu memandangkan usianya yang lebih seabad dan mengalami banyak kerosakan,” katanya ketika dihubungi.
Menurutnya lagi, apabila siap pemasangan lampu limpah tersebut, perlawanan bola sepak atau sebarang aktiviti pada waktu malam boleh diadakan sebagaimana biasa.

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …