5,000 ANAK PISANG BERANGAN TISU KULTUR DIAGIH KEPADA PETANI

 

PASIR PUTEH – Seiring dengan hasrat Kerajaan Negeri Kelantan kearah Jelapang Makanan Negara, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gaal, YB Mohd Rodzi Jaafar mengambil inisiatif mengagihkan 5,000 anak benih pokok Pisang Berangan melalui pembiakan tisu kultur kepada rakyat di DUN Gaal.
YB Mohd Rodzi memaklumkan anak benih yang dibekalkan itu sangat berkualiti tinggi dan tahan penyakit serta cepat membesar.
Beliau berharap inisiatifnya mampu menyumbang ke arah hasrat untuk menjadikan DUN Gaal sebagai hub pertanian di Kelantan.
Majlis penyampaian anak benih ini telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar Negeri Kelantan, YB Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …