KERAJAAN TERENGGANU AKAN BANTU GOLONGAN BEKAS PENAGIH MENCARI PEKERJAAN


KUALA TERENGGANU, 6 SEPTEMBER 2022


Kerajaan negeri akan melaksanakan satu langkah proaktif dalam membantu bekas penagih untuk mendapatkan pekerjaan bagi menyara keluarga selepas golongan terbabit sentiasa dipinggirkan sebaik keluar dari pusat pemulihan dadah.

Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja, Mohd Nor Khuzaini A. Rahman berkata, pihaknya bekerjasama dengan sebuah syarikat pembuatan di Johor untuk memberi peluang kepada bekas penagih memulakan kehidupan lebih baik. Kerjasama ini telah terjalin dengan rasmi pada 30 Ogos 2022, dengan disaksikan oleh Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) negeri, untuk menawarkan pekerjaan di Mybrush Group Of Companies di Johor.

Sehingga kini, terdapat 120 orang bekas-bekas pelatih memohon pekerjaan ini. Usaha ini adalah wajar dilakukan bagi membantu golongan ini untuk terus meneruskan kehidupan mereka dengan lebih baik, bukan hanya penganggur, tetapi golongan ‘rentan’ ini juga yang selama ini tidak diambil kisah oleh masyarakat kita cuba bantu dan berikan mereka peluang untuk dapatkan kerja,

Mybrush Group Of Companies  merupakan syarikat yang beroperasi dengan mengeksport komponen yang digunapakai pada vakum kepada lebih 100 buah negara dan akan mula membuka kilang baru tidak berapa lama lagi. Sebelum ini kerajaan negeri telah menghantar seramai 20 orang bekas pelatih dari Setiu dan selepas ini bercadang akan dikembangkan lagi melalui AADK di setiap daerah untuk membantu seramai mungkin golongan ini.

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …