PROGRAM LITERASI DASAR KESELAMATAN NEGARA BERSAMA PENJAWAT AWAM NEGERI SELANGOR

SHAH ALAM 6 September 2022 – Program Literasi Dasar Keselamatan Negara bersama penjawat awam negeri Selangor telah dijayakan di Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Abdul Aziz, Shah Alam yang melibatkan seramai 500 orang penjawat awam di negeri Selangor. Upacara perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato’ Hj Haris bin Kasim Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor . Turut hadir dalam menjayakan Program Literasi Dasar Keselamatan Negara bersama penjawat awam negeri Selangor pada kali ini adalah YBhg. Datuk Hj. Rodzi bin Md Saad Ketua Pengarah Keselamatan Negara yang turut berkongsi mengenai intipati Dasar Keselamatan Negara 2021-2025 kepada para hadirin yang hadir.

Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran YBhg. Brig. Jen Hj Fazal bin Abdul Rahman Panglima 11 Briged, YDH. Dato’ Arjunaidi bin Mohamed Ketua Polis Selangor dan ketua-ketua jabatan agensi kerajaan peringkat Negeri dan Persekutuan yang turut bersama-sama dalam memeriahkan program yang dianjurkan. Program ini diakhiri dengan sesi pengibaran jalur gemilang bersempena Semarak Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia.

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …