KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH SPU, PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Pulau Pinang telah berjaya menangkap (2) lelaki tempatan berumur 25 dan 26 tahun yang terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah jenis heroin dan ganja PADA 2 September 2022.

Pihak polis telah melakukan dua serbuan di Kawasan Sungai Dua dan Butterworth, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang serta berjaya merampas dan menyita harta seperti berikut :

  • (14) bungkusan dadah heroin anggaran berat 6,300 gram bernilai RM84,000.00.
  • (2) bungkusan dadah ganja anggaran berat 47.80 gram bernilai RM2,390.00.
  • (1) buah kenderaan kereta RM35,000.00
  • (1) buah kenderaan motorsikal RM3,000.00
  • (1) cincin berwarna kekuningan RM5,925.00
  • (1) rantai berwarna kekuningan RM5,825.00

(Nilai keseluruhan rampasan dadah dan sitaan harta berjumlah RM136,140.00)

Hasil risikan mendapati aktiviti pengedaran dadah oleh sindiket ini telah bergiat aktif sejak Jun tahun 2022 untuk pasaran tempatan. Jumlah keseluruhan dadah yang dirampas ini boleh digunakan oleh seramai 31,500 orang penagih dadah.

Sumber : PDRM PULAU PINANG

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …