TINTA BICARA HARI MALAYSIA: KENALI NEGERI TERENGGANU

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL (SEMANGAT KENEGARAAN)

 

Latar Belakang Negeri

Negeri Terengganu Darul Iman adalah salah sebuah negeri yang terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Ia terletak di antara garisan bujur 102.25 dengan 103.50 dan garisan lintang 4 hingga 5.50. Di bahagian utara dan barat lautnya bersempadan dengan Kelantan manakala di bahagian selatan dan barat daya pula bersempadan dengan Pahang. Keluasan negeri Terengganu sekarang adalah kira-kira 1,295,638.3 hektar / 1.295,512.1 hektar. Jaluran pantainya menganjur sejauh 225 kilometer dari utara (Besut) ke selatan (Kemaman). Negeri ini merangkumi tujuh daerah iaitu Kuala Terengganu (ibu negeri), Kemaman, Dungun, Marang, Hulu Terengganu, Setiu dan Besut. Pemerintahan Selangor diterajui oleh Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negeri Terengganu Darul Iman serta segala daerah takluknya.

Terdapat beberapa siri penceritaan mengenai nama negeri Terengganu. Antaranya ialah pada zaman dahulu sebelum negeri ini dikenali dengan nama Terengganu, ada sebuah rombongan dari negeri Pahang mengembara ke sebelah Ulu Terengganu untuk memburu. Apabila rombongan itu sampai ke sungai Terengganu Mati, seorang daripadanya telah berjumpa sebatang taring dan bertanya seorang dalam kalangan mereka: ‘Taring apakah?’. Maka, jawab seorang yang lain: ‘Taring anu…’ kerana tidak ingat hendak menyebut namanya, dan kisah perbualan antara mereka habis begitu sahaja. Selang beberapa hari kemudian, kumpulan itu ada telah berjaya memburu seekor rusa. Apabila orang-orang yang memburu rusa itu membawa balik haiwan perburuannya ke tempat perhentian mereka, maka timbul pertanyaan: ‘Dimanakah lokasi perburuan rusa itu?’ Lantas jawab mereka yang berburu: ‘Di tempat taring anu’.

Selain itu terdapat cerita mengenai rombongan dari Kelantan yang berlayar ke Kuala Sungai Taring Anu. Sesampainya mereka pada waktu petang, hari pun sangat redup dan gelap serta hujan renyai-renyai. Kebetulan di waktu itu ada cahaya terang, lantas mereka bertanya: Di sini orang panggil apa? Jawab orang tempatan: ‘Kami panggil Ganu’. Kata salah seorang ahli rombongan: ’Terang sungguh Ganu di sini”. Apabila mereka itu balik ke Kelantan, mereka pun bercerita mengenai terang Ganu. Cerita yang seterusnya ialah mengenai Batu Bersurat yang dijumpai di Kampong Buloh, Kuala Berang, kira-kira tahun 1887M yang menunjukkan tulisan perkataan Terengganu iaitu “Terenkanu” dan di atas duit timah (pitis) pada 1891M, ejaannya ialah “Terkanu“.

 

Bendera Negeri

Bendera negeri Terengganu mempunyai warna putih di bahagian luar yang melambangkan Duli Yang Maha Mulia Sultan. Ia melingkungi tanah hitam yang melambangkan rakyat. Anak bulan dan bintang membawa maksud agama Islam sebagai agama rasmi negeri. Secara keseluruhannya, warna bendera iaitu putih di bahagian luar dan hitam di bahagian dalam melambangkan Sultan yng berperanan untuk memberikan perlindungan kepada seluruh rakyat Terengganu.

Selain dari bendera negeri Terengganu, negeri ini mempunyai lapan bendera kawasan iaitu bendera Kuala Terengganu (melambangkan Ibu Negeri Terengganu dan Bandar Di Raja dan Daerah Utama), bendera Kemaman (melambangkan bahawa warna ini memberi kekuatan yang berkaitan dengan pertumbuhan industri yang berasaskan petroleum dan gas), bendera Marang (melambangkan pemulihan penyatuan rakyat), bendera Setiu (melambangkan pengemblengan tenaga rakyat untuk pembangunan penempatan, bendera Hulu Terengganu (melambangkan pembangunan tanah dan insrastruktur teknologi tenaga), bendera Besut (melambangkan keberanian dan kesungguhan bekerja), bendera Dungun (melambangkan bahawa ianya memberi hasil dari perusahaan perikanan dan perusahaan pelancongan yang terkenal dengan Penyu Belimbing) dan akhir sekali, bendera Kuala Nerus (melambangkan pembangunan daerah yang seimbang ditunjangi asas keilmuan untuk melahirkan rakyat yang sejahtera).

 

Jata Negeri

Jata negeri Terengganu memperlihatkan enam item iaitu pertama, bulan dan bintang yang menunjukkan Terengganu merupakan negeri Islam. Kedua, mahkota menandakan Pemerintahan Diraja dan ketiga, pedang, keris panjang dan cokmar merupakan alat kebesaran negeri. Al-Quran di sebelah kanannya melambangkan agama Islam sebagai agama rasmi negeri. Buku undang-undang di sebelah kiri pula melambangkan keadilan. Item terakhir iaitu selampai atau wali merujuk kepada alatan istiadat kebesaran. Semua item-item ini dilingkungi oleh garisan bulat dan di dalamnya ada tertulis ‘Terengganu’ dalam tulisan jawi yang bercerai-cerai hurufnya.

Lirik Lagu Negeri 

Allah daulatkan Tuanku Sultan
Terengganu Darul Iman

Allah peliharakan Tuanku Sultan
Sejahtera sepanjang zaman

Allah rahmatkan Tuanku Sultan
Memerintah rakyat aman

Artikel/Berita Terkini

SELAMATKAN DIRI DENGAN UBAH KEPADA GAYA HIDUP SIHAT

Kesihatan aset penting dalam kehidupan manusia dan menjadi aspek utama dalam kesejahteraan dan kemakmuran masyarakat atau negara. Tanpa disedari, corak …
Maklumat Lanjut

KEPKAS AMBIL TINDAKAN SUSULAN INSIDEN PELANCONG CHINA CEDERA AKTIVITI PARAGLIDING DI RANAU

KOTA KINABALU (30 April): Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar melalui agensinya Lembaga Pelancongan Sabah (STB) sedang membuat susulan berhubung …
Maklumat Lanjut

PESTA KAAMATAN MENGINGATKAN SEMUA UNTUK BERUSAHA LEBIH GIAT LAGI: HAJIJI

RANAU (1 Mei): Sambutan Pesta Kaamatan memberi peringatan kepada semua pihak untuk berusaha dengan lebih giat lagi bagi meningkatkan keberhasilan …
Maklumat Lanjut