TINTA BICARA HARI MALAYSIA: KENALI NEGERI PERLIS

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL (SEMANGAT KENEGARAAN)

 

Latar Belakang Negeri

Perlis terletak di utara Semenanjung Malaysia dan bersempadan dengan negara Thailand di utara, negeri Kedah di selatan dan Selat Melaka di barat. Sebagai sebuah negeri yang terkecil di Malaysia dengan keluasan sebanyak 821 km persegi, ia mempunyai enam daerah iaitu Kangar (ibu negeri), Arau, Kaki Bukit, Kuala Perlis, Padang Besar dan Simpang Empat. Pemerintahan Perlis diterajui oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Perlis.

Terdapat pelbagai sumber yang menceritakan mengenai sejarah nama negeri Perlis. Antaranya, nama Perlis dikatakan berasal dari perkataan Siam prow-lowy yang bererti ‘kelapa hanyut’ atau dari perkataan dialek Melayu Utara ‘perelus’ iaitu ‘kaki termasuk ke dalam atau ke celah sesuatu’. Ada sumber menyatakan nama Perlis berasal dari nama Peran Leh yang merujuk kepada seorang pelawak mahsyur bernama Saleh atau nama sejenis pokok. Selain itu, nama Perlis turut dikatakan bermula dari perkataan ‘peroleh’ yang bermakna ‘mendapat, sempena nama pembesar bergelar Tok Perlis dan juga dikaitkan dengan ‘perlit’ yang bererti batu.

 

Bendera Negeri 

Bendera negeri Perlis terdiri dari gabungan dua warna. Pada jalur atas bendera menonjolkan warna kuning dan pada jalur bawah bendera menonjolkan warna biru. Jalur berwarna kuning melambangkan simbol pemerintahan beraja iaitu Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis, manakala jalur berwarna biru melambangkan simbol rakyat jelata. Paduan warna ini menunjukkan hubungan erat antara ‘Raja dengan Rakyat’.

 

Jata Negeri

Lingkaran padi pada jata negeri Perlis memberi maksud hasil utama negeri iaitu padi. Bilangan buitir padi pada lingkaran melambangkan 22 buah mukim di negeri Perlis. Perisai pula melambangkan kebanggaan dan kehormatan negeri itu. Lambang jata negeri secara keseluruhannya bermakna kebanggaan negeri itu kerana kekayaan hasil padinya.

 

Lirik Lagu Negeri

Amin amin ya Rabaljalil

Amin amin ya Rabaljalil

Doa hamba yang sangat zalil

Tinggikan daulat serta adil

Kekal perintah Jamalullail

Artikel/Berita Terkini

28,531 CALON UPKK 2023 RAIH KEPUTUSAN CEMERLANG 8A

PUTRAJAYA, 18 APRIL: Seramai 28,531 daripada 230,587 calon yang menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2023 berjaya mencatatkan keputusan cemerlang …
Maklumat Lanjut

TIPS PENGGUNAAN BARANGAN ELEKTRIK SEMASA DI RUMAH

Barangan elektrik tidak dapat dinafikan sangat banyak membantu memudahkan tugasan domestik seharian. Tugasan memasak, mengemas rumah dan mencuci pakaian tidak …
Maklumat Lanjut

LAPAN ANGGOTA FRU DIDAKWA SIMPAN BAHAGIAN BADAN PELANDUK

Lapan anggota polis dari Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan menyimpan bahagian …
Maklumat Lanjut